Thursday, April 14, 2011

Peta Kawasan Parlimen Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen (2008-2013)

Senarai Ahli Parlimen Negeri Sembilan

[Lencana Jayadiri] Fungsi Parlimen

Parlimen Persekutuan
- Terdiri daripada
i.  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong
ii. Dewan Negara
iii.Dewan Rakyat
- Merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia
- Berjalan selama 5 tahun, jika tidak dibubarkan terlebih dahulu, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum
- Pada penghujung tempoh 5 tahun, ia sendirinya dibubarkan
- Dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, pilihan raya umum diadakan bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat
-Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu

Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan
- Hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen bersidang
- Baginda mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti dan membubarkan Parlimen
- Dengan demikian, Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang aktif dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan unutk bermesyuarat pertamanya dalam penggal yang kemudiannya

Dewan Rakyat
- Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu
- Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari semasa ke semasa

Fungsi Parlimen
1. Kuasa Perundangan Parlimen
- melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara
- badan kuasa perundangan Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan

2. Kewangan
- mengawal kewangan negar
- Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Persekutuan
- Semua hasil yang diperolehi dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan
- semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen

3. Kuasa Perbincangan
-