Monday, February 21, 2011

[Anugerah Pengakap Raja] UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA

Ujian sikap Pengakap Raja mengandungi lima bahagian :

1.  Tanggungjawab
2.  Perkhidmatan Masyarakat
3.  Berdikari
4.  Kegiatan
5.  Ekspedisi

BERTANGGUNGJAWAB
Telah mencapai darjah tertinggi dalam hal pertolongan cemas dan latihan kecemasan yang lain.
1.  Telah memperoleho Sijil Intermediate Pertolongan Cemas St. John Ambulans atau PBSM, ATAU telah memperolehi "Bronze Cross" pertubuhan Penyelamat Nyawa atau badan yang lain.

2.  Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam pertolongan cemas peringkat Sijil Asas Pertolongan Cemas St. John Ambulans ATAU PBSM.
ATAU
Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam latihan menyelamat peringkat 'Bronze Medallion'-Pertubuhan Penyelamat Nyawa dan badan yang lain.

KHIDMAT MASYARAKAT
Mengambil bahagian kerja amal biasa yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam di luar masa kerja pengakap.
   Jumlah masa perkhidmatan selama 24 jam itu dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan. Kerja amal yang dilakukan untuk mendapat lencana terdahulu tidak dikira. Rekod yang lengkap menunjukkan kerja amal dikehendaki.
Cadangan kerja amal seperti menuai padi, rumah orang cacat, rumah orang tua dan sebagainya.

BERDIKARI
Telah mencapai darjah yang boleh diterima berhubung dengan day usaha dan keyakinan diri.
Menghadiri satu PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN selama 48 jam (3 hari 2 malam) yang diatur oleh Pasukan Latihan Negeri/daerah mengikut rancangan tertentu. 

KEGIATAN
1.  Mencapai darjah yang tinggi dalam mana-mana satu kegiatan berikut dan membuktikan bahawa telah mengajar patrolnya dalam kegiatan itu supaya mencapai darjah yang sama : arkeologi, berlakon, radio amatur, berperahu, ukir-mengukir, pemeliharaan, tukang kayu, pengurusan, makanan, kajian luar, tarian kebudayaan, mengail, kaji bumi, gimnastik, berakit, melukis dan merakam pita atau lain-lain kegiatan.
2.(a)  Menanam dengan jayanya bagi tempoh selama 3 bulan sebidang tanah yang luasnya tidak kurang 50 meter persegi dengan 6 jenis sayuran atau pokok bunga daripada biji benih atau keratan ranting.
ATAU
(b)  Mengenali 12 jenis pokok/pokok buahan tempatan dan menanam 3 jenis pokok/pokok bunga dalam pasu.
ATAU
(c)  Memelihara dengan jayanya dalam tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya 12 ekor ayam atau burung.
ATAU
(d)  Memelihara seekor binatang peliharaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
ATAU
(e)  Memelihara 50 ekor ikan di dalam kolam atau menyelengarakan sebuah akuarium tidak kurang 1 meter persegi dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. 

 EKSPEDISI
1.  Mengambil peranan utama dalam stu ekspedisi terdiri daripada 4 hingga 8 orang pengakap selama 5 hari 4 malam dengan bermalam di luar.
2.  Melakukan ekspedisi dengan berjalan kaki sejauh 80 km atau berbasikal sejauh 250 km atau berperahu/berkayak/berakit sejauh 50 km.
3.  Memilih sendiri 2 atau lebih kerja yang hendak dibuatnya dalam tempoh ekspedisi itu dengan terlebih dahulu mendapatkan persetujuan Pesuruhjaya Daerah/Penguji.
4.  Menyerah laporan yang lengkap dalm buku log berkenaan dengan ekspedisi itu atau dirakam pada pita rakaman atau divideokan  kepada Pesuruhjaya Daerah tidak lewat daripada 14 hari selepas ekspedisi.