Thursday, January 27, 2011

[Pengakap Remaja] Langkah ke Anugerah Pengakap Raja

[Pengakap Remaja] Ujian Pentarafan Pengakap Raja

Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.

(1)   Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
(2)   Buku Log Lencana Usaha
(3)   Buku Log Lencana Maju
(4)   Buku log Lencana Jaya
(5)   Buku log Pengembaraan
(6)   Buku log Lencana Jayadiri
(7)   Buku log Lencana Kegiatan
(8)   Buku log Lencana Kemahiran
(9)   Buku log Lencana Perkhidmatan
(10) Buku log Lencana Ekspedisi
(11) Buku Log Ujian Sikap

Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.