Untuk panduan semua ahli pengakap TMS agar menyediakan keperluan mencukupi untuk penulisan Buku Log seperti berikut:
UNIT PENGAKAP MUDA
(1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
(2) Lencana Usaha - 1 buku
(3) Lencana Maju - 1 buku
(4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
(5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku
UNIT PENGAKAP REMAJA
(1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
(2) Lencana Jayadiri - 1 buku
(3) Lencana Kegiatan - 1 buku
(4) Lencana Kemahiran - 1 buku
(5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku
(6) Ujian Sikap - 1 buku
UNIT PENGAKAP KELANA
(1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
(2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
(3) Projek - 1 buku
(4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku
(4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku
Keperluan seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah
adalah catatan buku log yang berfungsi sebagai
(i) laporan kemajuan,
(ii) laporan pencapaian dan
(iii) laporan aktiviti
Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan penglibatan seseorang Pengakap itu. Dengan kata lain, ia juga berfungsi sebagai rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian setiap aktiviti Pengakap yang telah dijalankan. Justeru, potensi seseorang pencatat buku log haruslah diasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.
Selain itu, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.