Wednesday, February 9, 2011

Lencana Keahlian Pengakap - WAJIB

SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEAHLIAN
Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

1.         Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam pengakap.
2.         Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Negara.
3.         Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang pengakap dunia serta
        memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
4.         Melafazkan ‘Persetiaan Pengakap’ dan memahami ‘Undang-undang Pengakap’.
5.         Mengetahui cara ‘Hormat Pengakap’ dan Cogan Kata Pengakap Muda’.
6.         Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah pengasas pengakap, Lord Baden
       Powell.
7.         Mengetahui mengikat dan mengguna semua simpulan berikut:
(a)    Buka sila (reef knot)
(b)    Bunga geti (sheet bend)
(c)    Simpul manuk (clove hitch)
(d)   Tindih kasih (bowline)
(e)    Lilit dua simpul (round turn and two half hitches)
(f)     Lilit pemati biasa (common whipping)