Wednesday, February 16, 2011

[Pengakap Remaja] SUKATAN PELAJARAN LENCANA PERKHIDMATAN

[Pengakap Remaja] SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEMAHIRAN

Sukatan Pelajaran Lencana Kemahiran

1.  Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawt tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit pengakap dalam ilmu tersebut.

2.  Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan/ikatan yang berikut :
(a)  simpul tapak kucing (catspaw)
(b)  simpul raga (carrick bend)
(c)  simpul serban (turk's head)
(d)  simpul buaian (scaffold hitch)
(e)  lilit berkas tingkat (racking bend)
(f)  genggam monyet (monkey fist)
(g)  sambat pendek (short splice)
(h)  ikat Jepun (Japanese lashing)
(i)  ikat Filipina (Filipino lashing)
(j) takal tali (rope tackel/Harvester's hitch)

3.

[Pengakap Remaja] SUKATAN PELAJARAN LENCANA JAYADIRI

Sukatan Pelajaran Lencana Jayadiri

1.  Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.

2.  Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan lambang negeri masing-masing.

3.  Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PERRONAS dan lain-lain.

4.  Melukis peta Negeri Sembilan dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama ahli parlimen yang berkenaan.

5.  Mempunyai buku log pengakap yang kemas kini.

Wednesday, February 9, 2011

TARIKH PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAKAP 2011

Lencana Keahlian Pengakap - WAJIB

SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEAHLIAN
Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

1.         Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam pengakap.
2.         Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Negara.
3.         Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang pengakap dunia serta
        memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
4.         Melafazkan ‘Persetiaan Pengakap’ dan memahami ‘Undang-undang Pengakap’.
5.         Mengetahui cara ‘Hormat Pengakap’ dan Cogan Kata Pengakap Muda’.
6.         Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah pengasas pengakap, Lord Baden
       Powell.
7.         Mengetahui mengikat dan mengguna semua simpulan berikut:
(a)    Buka sila (reef knot)
(b)    Bunga geti (sheet bend)
(c)    Simpul manuk (clove hitch)
(d)   Tindih kasih (bowline)
(e)    Lilit dua simpul (round turn and two half hitches)
(f)     Lilit pemati biasa (common whipping)